Assalammualaikum...............
9 November 2012 dah mula cuti sekolah penggal terakhir. Dah janji ngan adik bongsu aku nak bawak dia pegi holiday. Actually janji nak bawak dia pergi USS tapiiiii...sebab pasport aku ada masalah untuk renew jadi aku bawak dia pergi LEGOLAND jerrrr.... Nasib baik tarikh masa nak pergi tu HELLO KITTY THEME PARK dah bukak so aku pun masukkan dalam schedule holiday ni.
Disebabkan cuaca tak menentu aku putuskan tak bawak anak pompuan kecik aku Zahraa...so budak ni duk umah jer mintak tolong nenek dia jaga. Kalau nak ajak nenek sekali mcam tak best pulak sebab ni tempat main budak-budak, penat jer nenek berjalan tapi tak de apa yg menarik untuk golongan umur cenggitu...huhuuuuu...
So...kat sini aku buat PART-PART untuk perjalanan holiday aku
PART I-LEGOLAND,NUSAJAYA,JOHOR.
12 November 2012
Pukul 11.45 pagi baru bertolak dari Port Klang lalu ikut Kesas Highway sampai ke Johor Bahru pukul 5.30 petang.Hujan turun sepanjang perjalanan so tak boleh bawak laju-laju lagipun limit kelajuan dia tulis 90/KM!..bayangkan betapa mengantuknya aku memandu highway nak ikut kelajuan tu...kalau jadi apa-apa bukan sebab kelajuan tapi sebab mengantuk perlahan sangat bawak kete....huh!...
So...sampai hotel pukul 5.30 petang Tune Hotel Danga Bay, Johor.
Masuk hotel ..rehat-rehatkan badan... Tune Hotel adalah hotel budget.jadi pada mereka-mereka nak save budget boleh lah duduk hotel ni.. tapi hotel ni sempit!...kalau ramai2 family baik cari hotel lain...tapi padan la dengan harga 1 malam 50 hengget tak masuk toiletries and air cond.Tapi tak pakai air cond pun tak pe sebab dah sejuk kottt....lagipun aku pegi time musim hujan agaknya.
Nak makan sebelah Tune Hotel ada Restoran Sekinchan. Restoran ni bukak lambat sikit pukul 12 tghhari sampai 10 mlm. Tapi kalau jalan jauh sikit ada satu kopitiam nama dia Chamek Kopitiam...
Ha!..kat sini makanan boleh tahan....anak-anak aku memang mengadap hotel ni jer laaa....actually kalau nak seberang boleh pergi Restoran Singgah Selalu tapi anak2 mmang nak ke sini..
Actually kopitiam ni baru..bulan september hari tu baru bukak.Datuk yg merasmikan and ada Neelofa sekali. Ha! satu lagi kat sini harga pun berpatutan. Tak macam kat restoran sebelah hotel nun mahal bebenorrr...
Alamak!..tetiba plak ada kerja...so esok sambung lah..Assalam...
Friday, 23 November 2012
Wednesday, 11 July 2012
Rutin Baru
Assalammualaikum
Dah lama tak post something kat sini...sebok beno kekdahnya...huhuuu....actually tak de idea sebenarnya.Tak tau apa yg nak di tulis.Apapun lepas melahirkan anak ke-4 ni, macam-macam bende aku kene adjust balik, adjust tido, adjust masak, adjust mandi....kesimpulannya di sini adjust "MASA"...
First lepas Zahraa lahir, kelam kelibut jugak aku nak adjust masa aku ni.beterabor woii!!!.....errrkkk!!...tetiba terpikir plak ....ini masanya aku kene ada maid ni!....hahhhaaaa
Sekalinya 3/7/2012 ..mak sedara suami aku bagi sorang maid kat aku.. ntah mana dia kutip pun aku tak tau!!...haaaiiissshhh.....nak tak nak!...aku terima jer dulu bila memikirkan keadaan aku yg kelam kabut nih!...1st time pakai maid..rasa kekok...rasa macam duduk rumah yg ada orang asing plak...janggal sungguh!...bibik ni keje ghajin!...tapi bab aku suruh jaga Zahraa "FAILED"!!!...:(..3 hari dia keje ngan aku...aku cakap ngan incik somi..." i dont want this maid!"....dia mmg tak leh jaga budak.....aaarrrggghhh....then incik somi kata try dulu.....then 9/7/2012 si bibik ni dah tak nak keje!...waaaahhhh sukanya aku!....so aku hantar dia kat bas stand then aku tak tau dia nak ke mana. Dia kata dia ada kawan kat Gombak.Oooowwwhhh...baru aku tau.....patutla liat jer aku suruh keje...ramai kawan kat sini ropernya....
SO!....kesudahannya hidup aku kelam kabut ler balikkkkkk.....tp bila difikir2 semula ...lebih baik tak de bibik la...dari ada pun cam kita plak yg duduk umah dia....asing sungguh pada aku!....huhuuu
Akhirnya Zahraa....tetap ler hantar ke TASKA semula...tak pe lah..."buat jer la kerja rumah yg mana mampu"....bak kata mak aku....
tapi...penat-penat pun kalau tgk budak ni memang hilang penat!....hehhheee
"INTAN MAISARA"
"MUHAMMAD FARISH"
" INTAN MIA ZAHRAA"
Sampai sini jer la tulisan aku.....lepas ni bersawang lagi la blog ni...apapun aku cuba sedaya mungkin update selalu kat sini....ADIOS!...Assalam.....:)
Thursday, 23 February 2012
Al-Fatihah buat adik Faris..
Assalammualaikum......
Sebelum aku teruskan dengan entry selanjutnya ...marilah kita sedekahkan al fatihah buat adik Faris.
Apa yang membuatkan aku sedih yang teramat sangat sebab "Faris" nama panggilan untuk anak aku jugak Muhammad Farish..!!....
"Ayish...Ayish.... itulah nama panggilan Farish anak aku di rumah. Memang tak di nafikan Ayish memang nakal yang amat!!...kadang-kadang sampai aku terfikir salah apa yang aku dah buat sampai anak aku jadi nakal macam ni!....
Tapiiiii....bila aku terlihat gambar-gambar adik Faris di blog mazidul aku jadi terkedu!.... Ya Allah!!.....syukur aku pada Tuhan ALLAH s.w.t....... sekurang-kurangnya aku tak di uji oleh Tuhan ujian maha berat ini. Aku di uji dengan jalan lain.. anak aku sihat walafiat...tapi kenapa aku perlu mengeluh?...." oh Tuhan!!... maafkan hambamu yg kerdil ini!"...dan sekarang aku dapat rasakan Tuhan beri ujian yg bermacam-macam kepada hambanya..cuma kadangkala hambanya selalu saja berfikir segala ujian adalah sebagai bala tetapi sebaliknya kita sebagai hambanya harus menerima sahaja segala ujian yg kadang-kadang kita sendiri tidak nampak ada hikmah di sebaliknya.
Apa-apapun kejadian atas apa yg berlaku kepada keluarga ini telah menyedarkan aku.Semoga apa yang terjadi pada aku di masa lalu akan menjadi peringatan buat aku di masa sekarang dan pada masa akan datang. Sekali lagi TAKZIAH buat keluarga adik Faris..AL-Fatihah.
dan buat Muhammad Farish!!!...."IBU SAYANG KAMU!!"....
Friday, 20 January 2012
Assalammualaikum.......
Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih pada yg sudi jenguk blog ni. Entah kenapa aku jadi terlebih-lebih nak berbloging disebabkan oleh "seseorang" yang bertanyakan pendapat tentang blognya..:)..Sebenarnya blog aku dah lama ada, tapi selepas beberapa tahun aku dah malas nak berblogging atas sebab-sebab tertentu:-
1. Kurang idea
2. Network sengal!
3.Busy menjalani kehidupan harian.
Psssssttttt...korang boleh terima ke reason tu?.....hehheehh
Atas sebab-sebab di ataslah aku cuma jadi pembaca blog saja, a.k.a "SILENCE READER"...aku suka baca blog-blog yang simple tapi menarik!...tak penuh dengan advertisement, tak ada kolum lagu-lagu bagai!!.. sebab bagi aku bila aku bukak blog yg ada lagu agak menjengkelkan!...(sorry blogger-blogger yg terasa!!..peace no war!**) sebab pada aku, kalau aku nak dengar laguuuu, baik aku download jer,bukak youtube ke @ dengar radio online ke kan!...hehheehh...:)
So, sekarang aku cuba nak berjinak-jinak balik dengan dunia blog.Harap-harap semangat tak luntur takat ni je....harapnya jugak berterusan....:) OK!...setakat ni jer buat masa sekarang bersambung lagi di lain masa.... Enjoy your day guys!...
Subscribe to:
Posts (Atom)








