Thursday, 23 February 2012

Al-Fatihah buat adik Faris..

Assalammualaikum......

 Sebelum aku teruskan dengan entry selanjutnya ...marilah kita sedekahkan al fatihah buat adik Faris.

   

Hari ni tak tau kenapa aku terdetik nak post tentang adik Faris ni..1st time terbaca tentang adik ni kat blog http://www.mazidulakmal.com tetiba air mata tak dapat di bendung lagi.

Apa yang membuatkan aku sedih yang teramat sangat sebab "Faris" nama panggilan untuk anak aku jugak Muhammad Farish..!!....

"Ayish...Ayish.... itulah nama panggilan Farish anak aku di rumah. Memang tak di nafikan Ayish memang nakal yang amat!!...kadang-kadang sampai aku terfikir salah apa yang aku dah buat sampai anak aku jadi nakal macam ni!.... 




Tapiiiii....bila aku terlihat gambar-gambar adik Faris di blog mazidul aku jadi terkedu!.... Ya Allah!!.....syukur aku pada Tuhan ALLAH s.w.t....... sekurang-kurangnya aku tak di uji oleh Tuhan ujian maha berat ini. Aku di uji dengan jalan lain.. anak aku sihat walafiat...tapi kenapa aku perlu mengeluh?...." oh Tuhan!!... maafkan hambamu yg kerdil ini!"...dan sekarang aku dapat rasakan Tuhan beri ujian yg bermacam-macam kepada hambanya..cuma kadangkala hambanya selalu saja berfikir segala ujian adalah sebagai bala tetapi sebaliknya kita sebagai hambanya harus menerima sahaja segala ujian yg kadang-kadang kita sendiri tidak nampak ada hikmah di sebaliknya.



Apa-apapun kejadian atas apa yg berlaku kepada keluarga ini telah menyedarkan aku.Semoga apa yang terjadi pada aku di masa lalu akan menjadi peringatan buat aku di masa sekarang dan pada masa akan datang.

Sekali lagi TAKZIAH buat keluarga adik Faris..AL-Fatihah.

dan buat Muhammad Farish!!!...."IBU SAYANG KAMU!!"....